12:15 PTG | Posted in
21.05.2009

Pada malam ini, 21.05.2009 (Khamis) Biro Penerangan PKR Selangor yang diterajui oleh Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew akan menganjurkan program penerangan berkenaan dengan krisis politik Negeri Perak yang dikenali sebagai KRISIS PERAK : KEMBALIKAN PADA RAKYAT.

Semua penduduk sekitar Klang dijemput hadir untuk sama-sama mendengar ceramah mengenai krisis politik Negeri Perak yang berlanjutan hampir memasuki bulan ke-empat ini.

Di antara tetamu atau penceramah yang hadir, termasuklah :

1. YB Tuan Chang Lih Kang, ADUN Teja, Perak
2. Yg. Berusaha Dr. Hatta bin Ramli, Bendahari PAS Pusat
3. YB Tuan Dr. Lee Boon Chye, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gopeng.
4. YB Tuan Speaker V. Sivakumar, Speaker DUN Perak merangkap ADUN Tronoh, Perak.
5. YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
Category:
��
10:29 PG | Posted in
16.05.2009

Angkatan Muda KeADILan (AMK) Bahagian Klang akan mengadakan perlawanan futsal di REAL Sport Arena, Telok Gadong pada hari Ahad ini (17.05.2009) dalam usaha 'Rileks Minda' setelah pelbagai isu yang diselesaikan dan akan diselesaikan sedikit masa lagi.

Aktiviti ini menjadikan AMK Klang sebagai pencetus kepada aktiviti gaya hidup sihat di kalangan ahlinya. Kepada yang berminat, boleh mengikuti aktiviti ini bermula jam 9.00 malam.

Sekian.
S/U AMK Klang
Category:
��
5:43 PTG | Posted in
14.05.2009

Bertempat di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Klang, YB CHARLES ANTHONY SANTIAGO, satu pertemuan di antara Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telok Gong bersama Ahli Parlimen Klang dan disaksikan oleh AJK Parti KeADILan Rakyat (PKR) Bahagian Klang yang diketuai oleh EN. SUHAIMI BIN MOHD NOR, Pemangku Ketua Bahagian Klang berkenaan dengan isu Pasar Malam di Telok Gong telah diadakan.

Menurut sumber yang diperolehi, pertemuan ini diadakan bertujuan mendapat pandangan daripada Ahli Parlimen Klang kerana JKKK Kampung Telok Gong dikhabarkan bahawa Ahli Majlis Kawasan Telok Gong, PN. NOR'AIN BT. EUSOFF akan membawa Unit Penguatkuasa MPK dan Polis dalam usaha memindahkan tapak pasar malam ke tempat yang tidak sesuai.

Tempat yang dimaksudkan terletak kira-kira 50 meter dari tapak sedia ada dan tapak tersebut akan mengganggu Balai Polis Telok Gong dan Klinik MK yang telah beroperasi di situ. Tindakan Ahli Majlis ini agak kurang beretika dalam menyelesaikan masalah dengan bersikap meninggikan suara dengan Ketua Kampung dan menyatakan dia berkuasa dalam menentukan siapa yang berhak untuk mengutip bayaran sewaan tapak pasar malam tersebut.

Ahli Majlis tersebut bertindak menubuhkan Jawatankuasa Penduduk (JKP) di kampung tradisi seperti di Telok Gong ini. Tindakan yang agak keterlaluan ini telah dimajukan kepada pihak yang bertanggungjawab di Majlis Perbandaran Klang (MPK) tetapi tiada tindakan yang sewajarnya diberikan.

Isu ini telah lama berlarutan dan beliau seolah-olah tidak menghormati Ketua Kampung lantikan Kerajaan Negeri kerana ingkar dan tidak bekerjasama dengan JKKK. Untuk itu, pihak JKKK Kampung Telok Gong dalam usaha menghantar memorandum kepada Kerajaan Negeri untuk menarik balik jawatan Ahli Majlis kepada beliau untuk penggal yang akan datang.

Pada jam 4.00 petang hari Sabtu ini, 16.05.2009 pihak JKKK Kampung Telok Gong menjemput semua yang dapat meluangkan waktu bagi menyaksikan ketidaksopanan seorang Ahli Majlis terhadap JKKK sekiranya usaha penangguhan yang diusahakan oleh YB Charles Anthony Santiago menemui jalan buntu.

Sekian.
JKKK Kampung Telok Gong
Category:
��
4:59 PTG | Posted in
14.04.2009

Satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat (PKR) Selangor, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti KeADILan Rakyat (PKR) Bahagian Klang dalam memastikan protokol, jemputan dan juga keselamatan.

Dimaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akan mengadakan kunjungannya di Klang dan serterusnya mengadakan ceramah umum di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya pada 21 Mei 2009 (Khamis) minggu hadapan.

Semua rakyat Malaysia khususnya di Selangor dan Klang dijemput untuk bersama-sama dalam program ini yang dianjurkan bersama PKR Bahagian Klang.
Category:
��
7:21 PTG | Posted in
14.05.2009

Peruntukan Kerajaan Negeri yang digunakan untuk kegunaan dalam membantu rakyat di Pelabuhan Klang (N46) kini dipantau oleh Pejabat Menteri Besar Selangor. Selain itu, Pejabat ADUN N46 juga akan dipantau oleh pegawai yang dilantik oleh Pejabat Menteri Besar.

Ini adalah berikutan dengan masalah kesihatan yang dialami oleh YB Tuan Badrul Hisham bin Abdullah, ADUN N46. Dalam kunjungan yang diketuai oleh YB NIk Nazmi bin Nik Ahmad pagi tadi telah menerangkan secara terperinci mengenai peruntukan tersebut.

Lawatan YB Nik Nazmi yang merupakan Setiausaha Politik kepada YAB Dato' Menteri Besar itu disertai En. Suhaimi bin Mohd Nor selaku Pemangku Ketua Bahagian, En. Irwan bin Ismail selaku Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Bahagian Klang serta beberapa AJK Bahagian dan AJK AMK Bahagian Klang.

Sekiranya berjalan lancar seperti yang dirancangkan, peruntukan untuk DUN 46 akan dipantau sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar mulai minggu hadapan dan segala urusan di Pejabat DUN akan diketuai oleh pegawai yang dilantik.

Sekian.
Nizam, Setiausaha AMK Bahagian Klang
07.29pm
Category:
��
6:31 PTG | Posted in
Assalamualaikum wbt.. dan Salam Sejahtera...

Sekian lama blog ini tidak dikemaskini...
Nantikannya sedikit masa lagi dengan pelbagai info terkini yang berguna untuk anda semua..

NIZAM 2009
Category:
��