5:43 PTG | Posted in
14.05.2009

Bertempat di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Klang, YB CHARLES ANTHONY SANTIAGO, satu pertemuan di antara Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telok Gong bersama Ahli Parlimen Klang dan disaksikan oleh AJK Parti KeADILan Rakyat (PKR) Bahagian Klang yang diketuai oleh EN. SUHAIMI BIN MOHD NOR, Pemangku Ketua Bahagian Klang berkenaan dengan isu Pasar Malam di Telok Gong telah diadakan.

Menurut sumber yang diperolehi, pertemuan ini diadakan bertujuan mendapat pandangan daripada Ahli Parlimen Klang kerana JKKK Kampung Telok Gong dikhabarkan bahawa Ahli Majlis Kawasan Telok Gong, PN. NOR'AIN BT. EUSOFF akan membawa Unit Penguatkuasa MPK dan Polis dalam usaha memindahkan tapak pasar malam ke tempat yang tidak sesuai.

Tempat yang dimaksudkan terletak kira-kira 50 meter dari tapak sedia ada dan tapak tersebut akan mengganggu Balai Polis Telok Gong dan Klinik MK yang telah beroperasi di situ. Tindakan Ahli Majlis ini agak kurang beretika dalam menyelesaikan masalah dengan bersikap meninggikan suara dengan Ketua Kampung dan menyatakan dia berkuasa dalam menentukan siapa yang berhak untuk mengutip bayaran sewaan tapak pasar malam tersebut.

Ahli Majlis tersebut bertindak menubuhkan Jawatankuasa Penduduk (JKP) di kampung tradisi seperti di Telok Gong ini. Tindakan yang agak keterlaluan ini telah dimajukan kepada pihak yang bertanggungjawab di Majlis Perbandaran Klang (MPK) tetapi tiada tindakan yang sewajarnya diberikan.

Isu ini telah lama berlarutan dan beliau seolah-olah tidak menghormati Ketua Kampung lantikan Kerajaan Negeri kerana ingkar dan tidak bekerjasama dengan JKKK. Untuk itu, pihak JKKK Kampung Telok Gong dalam usaha menghantar memorandum kepada Kerajaan Negeri untuk menarik balik jawatan Ahli Majlis kepada beliau untuk penggal yang akan datang.

Pada jam 4.00 petang hari Sabtu ini, 16.05.2009 pihak JKKK Kampung Telok Gong menjemput semua yang dapat meluangkan waktu bagi menyaksikan ketidaksopanan seorang Ahli Majlis terhadap JKKK sekiranya usaha penangguhan yang diusahakan oleh YB Charles Anthony Santiago menemui jalan buntu.

Sekian.
JKKK Kampung Telok Gong
Category:
��

Comments

1 Response to "AHLI MAJLIS DI KAWASAN TELOK GONG TERLALU BERKUASA?"

  1. Didi Mustafa On 21/1/10 11:23 PG

    tapak pasar malam di telok memang sesuai sekarang ni. tak perlu pindah lagi. thanks